Kelas Multimedia Video Animasi Powtoon & Asas Keusahawanan bersama Lepasan SPM

6 April 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Multimedia Video Animasi Powtoon & Asas Keusahawanan bersama Lepasan SPM ini telah diadakan pada hari Jumaat, 5 April 2019. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari cara menghasikan video animasi yang mudah dan menarik secara atas talian melalui powtoon.com. Mereka turut diberi tunjuk ajar tentang cara mengedit video, memasukkan imej serta muzik bagi menghasilkan video yang menarik dan berkualiti.

Selepas itu, para peserta diperkenalkan kepada laman inboszstory.com dimana para peserta berpeluang untuk menjana pendapatan sampingan melaluinya. InboszStory adalah platform 'share and earn' di mana para peserta hanya perlu berkongsi artikel atau promosi yang ada di InboszStory dan mereka akan perolehi ganjaran 40sen untuk setiap iklan yang dilakukan. Sebelum mendaftar, para peserta diberi penerangan tentang syarat untuk menyertai InboszStory dahulu. Sesudah itu, mereka diajar cara untuk berkongsi artikel atau promosi yang ada di InboszStory di laman Facebook mereka. Disamping itu, mereka turut diberi penerangan bagaimana untuk menebus wang yang dihasilkan ke dalam akaun bank mereka.

Sebelum tamatnya kelas ini, para peserta diberikan Sijil Penyertaan kerana telah mengikuti Kelas Asas ICT yang dijalankan oleh PI Bogag dengan jayanya.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 9.00 pagi ini dihadiri oleh seramai 4 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali